Quantcast
Channel: Comments for Hornbill Unleashed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 39068

Comment on Avoiding a centenary of Umno’s rule by shina

$
0
0

http://kkamdias.blogspot.com/2012/12/tunku-aziz-mungkin-diamanahkan-untuk.html

“Tunku Aziz bertanya kepada seluruh rakyat Malaysia, “sila namakan bentuk perubahan serta kebaikan yang telah dibawa oleh kerajaan pembangkang di negeri-negeri tadbiran mereka”

“Tiada perkara besar atau hebat untuk rakyat, negeri dan negara yang mereka bawa, selain dari kehebatan berdemonstrasi haram, membakar sentimen rakyat, mengundang campurtangan asing dan politik kebencian”

Yang memberi pandangan ini bukan calang-calang personaliti. Beliau adalah bekas pejuang transparensi dan bekas pemimpin besar DAP yang sangat telus, berprinsip, yang sangat profesional dan berintegriti tinggi. Ini diakui sendiri oleh seluruh pemimpin DAP.

Buktinya, tiada siapa kalangan pemimpin DAP yang berani secara terang-terangan mempertikaikan kredibiliti Tunku Aziz hingga saat ini, sejak beliau meninggalkan dan mengkritik DAP. Tiada mana-mana pemimpin DAP yang berani membuat kritikan balas tentang apa yang ditegaskan oleh Tunku Aziz sejak beliau meninggalkan DAP.

Hakikatnya, “tak usahkan untuk menjadi sebuah kerajaan bagi negara Malaysia, untuk diberi kepercayaan menjadi pembangkang di dalam sistem domokrasi pun puak-puak pembangkang ini masih belum layak”.

Pemain atau pengamal demokrasi yang benar-benar tulin dan matang tidak sesekali akan mengadunkan agenda dan wawasan mereka untuk negara dengan fitnah, adu-domba, sentimen kebencian atau pun mengundang campurtangan asing dalam usaha untuk memenangi hati majoriti rakyat.

Pembangkang yang matang tidak sesekali bertindak mencampur-adukkan amalan dan etika demokrasi dengan dendam kesumat. “


Viewing all articles
Browse latest Browse all 39068

Trending Articles